Ujian Influenza
Demam tinggi, sakit badan, batuk? Ujian pantas di klinik supaya doktor boleh beri rawatan yang tepat dan anda tahu sama ada perlu berehat di rumah.
Tanya di WhatsAppKlinik keluarga · Kuantan, Pahang
Demam, batuk, selsema, luka atau pemeriksaan kesihatan untuk kerja. Datang terus atau WhatsApp dulu, kami sedia bantu setiap hari dari 8 pagi hingga 10 malam.
Walk-in dialu-alukan. Biasanya dibalas dalam waktu operasi.
Dalam klinik kami
Perkhidmatan
Tekan "Tanya di WhatsApp" pada mana-mana perkhidmatan. Mesej sudah siap ditulis, anda cuma perlu hantar.
Demam tinggi, sakit badan, batuk? Ujian pantas di klinik supaya doktor boleh beri rawatan yang tepat dan anda tahu sama ada perlu berehat di rumah.
Tanya di WhatsAppDemam, batuk, sakit tekak, cirit-birit, alahan dan masalah kesihatan harian untuk dewasa dan kanak-kanak.
Tanya di WhatsAppSaringan umum, pemeriksaan untuk kerja, lesen, sekolah atau peribadi. Laporan dan sijil disediakan.
Tanya di WhatsAppPemeriksaan berkala, ujian darah, ubat bulanan dan nasihat gaya hidup, dengan doktor yang sama setiap kali. Tak perlu beratur lama di hospital untuk susulan rutin.
Klinik panel FOMEMA berdaftar untuk pekerja asing. Majikan boleh hantar pekerja secara berkumpulan.
Tanya di WhatsAppSuntikan vaksin untuk dewasa, termasuk vaksin influenza bermusim. Tanya ketersediaan stok sebelum datang.
Tanya di WhatsAppCuci dan balut luka, jahitan, buang jahitan, ketuat, ketumbuhan kecil dan kuku tertanam.
Tanya di WhatsAppRawatan nebuliser untuk serangan asma dan sesak nafas, dewasa dan kanak-kanak. Datang terus jika anda sesak nafas.
Tanya di WhatsAppDrip air untuk dehidrasi akibat cirit-birit, muntah atau demam, selepas pemeriksaan doktor.
Tanya di WhatsAppSaringan kuning (jaundis) untuk bayi baru lahir dan pemantauan susulan, dekat dengan rumah.
Tanya di WhatsAppProgram diselia doktor: penilaian kesihatan, sasaran berat, pelan pemakanan dan susulan berkala.
Tanya di WhatsAppSaringan dadah melalui air kencing untuk pekerjaan, majikan atau permintaan peribadi.
Tanya di WhatsAppRawatan gantian opioid untuk pemulihan ketagihan. Dikendalikan secara sulit dan tanpa menghakimi.
Tanya di WhatsAppKlinik Ikhsan ialah klinik panel PeKa B40. Penerima STR berumur 40 tahun ke atas dan pasangan mereka boleh semak kelayakan dan buat saringan di sini.
Klinik Ikhsan ialah klinik panel Kasih Makmur. Penerima yang layak boleh mendapat rawatan percuma berjumlah RM500 di klinik kami. Bawa kad pengenalan semasa datang.
Kami terima kad panel perubatan daripada pengurus panel berikut. Bawa kad panel dan kad pengenalan anda.
Untuk majikan & syarikat
Untuk kilang, kontraktor dan syarikat di sekitar Kuantan, Gebeng, Balok dan Kemaman. Kami bantu anda patuh keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan pastikan pekerja layak bekerja.
Atau e-mel: esanchendorclinic@gmail.com
Kenali doktor anda
Dr. Mohd Ikhsan bin Ahmad mula berkhidmat sebagai doktor pada 2010 dan berpengalaman di sektor kerajaan dan swasta, termasuk sebagai doktor kesihatan pekerjaan untuk industri minyak dan gas.
Di Klinik Ikhsan, anda dirawat oleh doktor yang sama, yang kenal sejarah kesihatan anda dan keluarga.
Cara datang
Beritahu perkhidmatan yang anda perlukan dan masa yang sesuai. Walk-in juga dialu-alukan.
No B-14, Jalan Chendor Baru 2. Parkir di hadapan deretan kedai Fasa 1.
Pemeriksaan, rawatan dan ubat di satu tempat. Sijil cuti sakit disediakan jika perlu.
Temujanji pantas
Lokasi & waktu
No B-14, Tingkat Bawah, Jalan Chendor Baru 2, Bandar Baru Chendor, 26080 Kuantan, Pahang
| Sesi pagi | 8:00 pg – 1:00 ptg |
| Doktor mula merawat | 8:30 pg |
| Hari Jumaat | |
| Sesi pagi (doktor dari 9:00 pg) | 8:30 pg – 12:30 tgh |
| Rehat solat Jumaat | 12:30 – 2:30 ptg |
| Sesi petang | 2:30 – 5:30 ptg |
| Rehat petang | 5:30 – 8:00 mlm |
| Sesi malam | 8:00 – 10:00 mlm |
| Rehat tengah hari | 1:00 – 2:30 ptg |
| Sesi petang | 2:30 – 5:30 ptg |
| Rehat petang | 5:30 – 8:00 mlm |
| Sesi malam | 8:00 – 10:00 mlm |
Soalan lazim
Boleh walk-in dalam waktu sesi. Pendaftaran dibuka 8:00 pagi dan doktor mula merawat 8:30 pagi (hari Jumaat klinik buka 8:30 pagi, doktor mula merawat 9:00 pagi, dan rehat solat Jumaat 12:30 – 2:30 petang). WhatsApp dulu jika anda mahu tahu bila waktu kurang sesak, atau untuk pemeriksaan kesihatan dan FOMEMA berkumpulan.
Jika anda demam tiba-tiba, sakit badan, batuk atau sakit tekak, terutama dalam 1–2 hari pertama. Doktor akan menilai sama ada ujian sesuai untuk anda.
Pasport pekerja dan dokumen pendaftaran FOMEMA daripada majikan. WhatsApp kami untuk sahkan slot sebelum datang.
Hubungi kami di WhatsApp atau e-mel dengan nama syarikat dan anggaran bilangan pekerja. Kami akan sediakan sebut harga dan cadangan pakej.
Penerima STR berumur 40 tahun ke atas dan pasangan mereka. Bawa kad pengenalan; kakitangan kami akan semak kelayakan anda di kaunter.
Rawatan percuma berjumlah RM500 di Klinik Ikhsan. Bawa kad pengenalan; kakitangan kami akan semak kelayakan anda di kaunter.
Ya. Semua rawatan dikendalikan secara sulit. Anda boleh WhatsApp dulu untuk bertanya sebelum datang.
Ya. Kami panel cashless untuk PMCare, HealthMetrics, MediExpress (HealthConnect), ASP, KPSB dan beberapa lagi. Jika panel anda tiada dalam senarai, WhatsApp nama panel atau syarikat anda untuk semakan.
Ada. Rawatan diberi selepas penilaian dan preskripsi doktor, sebagai sebahagian daripada Program Turun Berat Badan. Ubat perlu ditempah terlebih dahulu dan biasanya sampai dalam 3–5 hari bekerja. WhatsApp kami untuk temujanji penilaian.
Ya, jika doktor dapati anda tidak sihat untuk bekerja atau ke sekolah selepas pemeriksaan.
Klinik Ikhsan buka sehingga 10 malam setiap hari. WhatsApp kami sekarang atau terus datang ke Bandar Baru Chendor.
WhatsApp 011-6058 1625